11 tahun diuji perut membesar dek gangguan mistik bukan satu perkara yang mudah bagi seorang gadis. Walaupun perutnya dilihat seperti sedang berbadan dua, tetapi perut tersebut sama sekali tidak ‘berisi’.
Artikel Berkaitan: Perut Tiba-Tiba Membesar Bila ‘Check’ Doktor Cakap Tak Ada Apa, Rupa-Rupanya…
Artikel Berkaitan: Diundang Jadi Tetamu ‘Shooting’ Program TV3, Seram Sejuk Bila Wanita Ini Panggil ‘Rakan’ Halusinasi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Panggilan Pukul 2 Pagi Kena Sahkan Satu Kematian, Pemandu Ambulans Terakam Entiti Misteri Bila Sampai
Kisah ini dikongsi oleh seorang gadis cekal menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok.
‘Allah uji kerana Allah sayang’
Menerusi video tersebut, gadis ini menceritakan kesakitan yang dilalui sehinggakan dia tidak mampu menampung berat badan untuk bergerak.
Bercakap mengenai rawatan, pelbagai inisiatif telah dilakukan termasuklah mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional seperti saranan orang ramai.
Perut besar sebab mengandung tidak, makhluk halus ya. Selama 11 tahun aku hadap semua ini sehinggalah sekarang
Hampir bertahun saya dirawat di hospital. Saya juga telah melakukan beberapa kali tebuk di bahagian perut dan pembedahan. Keadaan saya tetap sama, tiada apa yang berubah.
Walaupun terdapat sesetengah individu mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang mahal bagi rawatan yang dilakukan, perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat gadis ini dengan harapan dia kembali sembuh seperti sedia kala.
Setiap kali orang bagitahu keluarga saya, mereka akan turuti. Walaupun jumlah yang diletakkan agak tinggi.
Allahuakbar hanya Tuhan saja yang tahu betapa peritnya keadaan apabila waktu sekolah keadaan perut seperti orang mengandung. Ujian demi ujian yang saya hadapi.
Peritnya keadaan apabila keluarga sendiri tak percaya dengan keadaan dan situasi yang saya sendiri alami.
Pengalaman di hospital
Ujar gadis ini lagi, hampir dua tahun dia ulang alik ke hospital bagi menjalani rawatan seperti mana yang disarankan oleh doktor. Bagaimanapun, tiada sebarang hasil positif ditunjukkan.
Pada hari ketiga saya tinggal di hospital doktor scan ada nampak macam sesuatu dalam perut. Masa itu doktor terus dapatkan persetujuan daripada ibu bapa untuk lakukan pembedahan.
Mak ayah saya setuju dan masa masuk bilik bedah. Mula-mula lima orang angkat saya untuk tukar katil, badan saya tak terangkat. Mereka terus tengok file saya dan saya ketika itu memang tak boleh nak bercakap atau bergerak.
Apa yang lebih mengejutkan, gadis ini mendakwa ada peristiwa pelik berlaku sebelum menjalani pembedahan. Badannya berasa begitu berat dan terpaksa mendapatkan bantuan seorang ustaz.
Sampai je ustaz tu bacakan surah dan doa. Mereka terus angkat saya kali kedua. Alhamdulillah badan saya dah ringan sampai dalam bilik bedah. Saya dibiuskan saya sedar ustaz tu masih ada di tepi saya.
Kesudahannya dalam perut saya tiada apa-apa hanya ada kesan luka sahaja
Video penuh:
@bungafloraa ALLAH UJI KERANA ALLAH SAYANG.. #mylife #ujianallahsayang #ujianallah ? bunyi asal – Flora?
@bungafloraa Balas kepada @rokozikinaskas #mylife #ujianallah #allahsayang ? bunyi asal – Flora?
@bungafloraa Balas kepada @yuyuemash .. terllu bnyak ujian yg sy lalui.. xmmpu nk certa semua?#allahsayang ? bunyi asal – Flora?
Gadis cekal diuji
Sumber: Bungafloraa