Bergelar raja sehari memang seronok namun sudah pasti pasangan pengantin berdebar ketika sesi akad nikah kerana kadang kala mereka akan diuji dengan soalan spontan yang diajukan oleh Tok Kadi. Namun lain pula yang terjadi kepada satu pasangan di mana Imam dikatakan terkejut dan meragui nama mereka.
Artikel Berkaitan: Make Up Tak Lawa Masa Majlis Nikah, MUA Salahkan Pengantin Kening Tebal Sangat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Demand Hantaran RM141k, Pandai Masak, Belajar Overseas…Serba Boleh!
‘Imam tanya banyak kali’
Menerusi video pendek dikongsi seorang pengantin dikenali sebagai Nurul di laman TikTok, menceritakan pengalamannya disoal berkali-kali oleh Imam sebelum disatukan bersama calon pilihan hati.
Tindakan imam tersebut dibuat berikutan risau pasangan ini merupakan adik-beradik berikutan mempunyai nama ayah yang sama, Che Ahmad.
Imam terus bagi akad nikah (X)
Imam tanya banyak kali takut nak bagi akad nikah sebab nama ayah sama risau adik-beradik (/)
Sebagai bukti kepada netizen, gadis ini turut berkongsi kad pengenalannya dan suami serta terbukti mereka mempunyai nama ayah yang sama.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih hampir 1.5 juta tontonan dan meraih pelbagai respon daripada wargamaya yang sempat ‘mengusik’ pengantin muda ini.
Video penuh:
@soya.naraaImam tanya mak ? imam call ayah ? imam tanya perempuan ? imam tanya lelaki ? imam tanya lagi sebelum akad nikah ?? suara asli – Angi Lay
@soya.naraaDia memang bukan paling lama , tapi dia pemeran utama . ??? original sound – ????????? ???
Jarang-jarang berlaku
Sumber: Nurul