Bergelar raja sehari sudah pasti membuatkan pasangan pengantin mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna dan berjalan seperti mana yang telah dirancang dari awal. Bahkan, persiapan yang rapi telah dibuat termasuklah membayar perkhidmatan make up artist (jurusolek), jurugambar, pihak katering dan banyak lagi.
Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Demand Hantaran RM141k, Pandai Masak, Belajar Overseas…Serba Boleh!
MUA salahkan pengantin
Namun, di sebalik hari bahagia tersebut seorang wanita menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok, dikenali sebagai Nursyazniputeh meluahkan rasa kecewa dengan sikap jurusolek yang diupah semasa majlis akad nikahnya.
Walaupun dah beranak seorang tapi aku still tak boleh maafkan MUA (Make Up Artist) yang make up aku masa nikah.
Menerusi video yang dikongsi, wanita ini mendakwa hasil solekan jurusolek terbabit sangat mengecewakan apabila kening kelihatan terlalu tebal. Bagaimanapun, jurusolek ketika itu dikatakan seolah-olah cuba melepaskan diri dan sempat menyalahkan wanita berkenaan berikutan mempunyai kening yang tebal.
Cuba tengok apa dia buat dekat kening aku, lepas itu salahkan aku ‘kening awak tebal sangat’. Aku survey dulu before ambil. Orang lain elok je dia make up kena dekat aku cincai.
Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut mendakwa telah membayar mahal bagi perkhidmatan solekan tersebut namun, jurusolek itu sama sekali tidak mengambil gambarnya sebelum dan selepas disolek.
Dahlah rushing tak tentu hala. Ye memang kening aku tebal sebab itu aku upah kau untuk buat kening aku nampak kemas. MUA sanding dan bertanding elok je make up kening aku. Tak ada pula salahkan kening tebal ke nipis.
Video penuh:
@nursyazniputehAku survey dulu before hire. Org lain herlokk je dia makeup. Kena tang aku, cincai!! Aku siap suruh dia betulkan balik. Tapi dia salahkan aku pula sbb kening tebal? Dj BonBon Remix – ???? ? || • ??
Memang nampak lain tu sis
Sumber: Nursyazniputeh