Semalam, viral mengenai kisah seorang pemain bola sepak liga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pada Ahad lalu di sebuah rumah di Kota Bharu, Kelantan.
Artikel berkaitan: Pemain Bola Sepak Ditahan, Disyaki Rogol Jurujual Tudung Berusia 18 Tahun
Terbaru, menerusi kenyataan media Kelab Bola Sepak Kelantan, tiada pemain Kelantan FC yang terlibat mahupun berkait rapat dengan isu tidak bermoral ini.
Ambil serius tomahan yang dilemparkan
Menurut Pengurus Operasi Kelab Bola Sepak Kelantan, Qusmaini Noor Rusli, pihaknya mengambil serius akan tomahan yang dilemparkan oleh sesetengah pengguna media sosial. Tambahnya, pihak kelab telah mengenal pasti beberapa pemilik akaun yang telah menabuh fitnah kepada pemain pasukan Kelantan FC. Ujar Qusmaini lagi, dia akan memastikan semua pemain Kelantan FC menjaga batas pergaulan dan menghormati antara satu sama lain.
Kenyataan media
Sumber: TRW Kelantan FC