Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihati wanita yang didakwa menghina Islam di sebuah kelab komedi di Kuala Lumpur agar segera bertaubat dan tidak terus menyakiti perasaan umat Islam. Tambah Faizal, perbuatan wanita itu menunjukkan dia tidak mempunyai perasaan malu.
Artikel Berkaitan: PU Amin Sedih Tengok Pelawak Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran
Artikel Berkaitan: Jawi Siasat Video Wanita Buka Baju Separuh Bogel Yang Hina Islam
Kembali ke pangkal jalan
Buka baju memang tak baik, inikan pula mengaku Muslim dan buka baju di depan orang ramai. Ini bukan sifat seorang manusia. Manusia mesti ada rasa malu, kalau tak malu, kita letakkan diri setaraf dengan makhluk-makhluk yang Allah ciptakan tidak mempunyai akal. Ini perkara yang perlu kita jauhi dan saya harap anak kita yang telah lakukan perkara itu bertaubat. Jangan hina agama sendiri, jangan jolok perasaan dan hati rakan-rakan yang beragama Islam dan kembalilah ke pangkal jalan.
Tambah Faizal, tindakan wanita itu ternyata mengundang kemarahan umat Islam dengan rata-rata di antara mereka beranggapan dia telah bertindak keterlaluan ketika mengadakan persembahan komedi. Dalam pada itu, Faizal turut menasihati para belia agar tidak merusuh atau marah, sebaliknya merenung diri sendiri.
Diri kita pun banyak yang perlu diperbaiki dalam masa sama mengutuk perbuatan menghina agama dan seperti terlalu bangga menayangkan tubuh sendiri. Jadi sifat negatif itu kita jauhkan. Cari sifat-sifat yang baik dan cuba praktikkan.
Terdahulu, teman lelaki kepada wanita tersebut telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Sumber: Kosmo