Sejak beberapa hari yang lalu, viral di media sosial mengenai surat saman yang telah diterima oleh Haqiem Stopa gara-gara kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Berikutan daripada itu, Haqiem mengaku kesilapan tersebut dan bersedia menanggung akibatnya.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Siap Tolak Bagasi Di ‘Airport’, Haqiem Stopa Kata Nak Pergi Buat Lesen
Artikel berkaitan : Polis Sahkan ‘Influencer’ Kena Saman Tiada Lesen Memandu
Pemandu peribadi tak larat
Menurut Haqiem, dia ditahan kerana tiada lesen kereta bukannya tiada lesen motosikal. Tambah Haqiem, dia mengaku bahawa kejadian malam itu merupakan kesalahan dirinya sendiri.
Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira pukul 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
Terbaru, Haqiem tampil membuat laporan polis selepas maklumat peribadi iaitu nama penuh dan alamat yang tertera di surat samannya tersebar. Ujar Haqiem, gambar dan maklumat peribadi itu tidak sepatutnya dihebahkan kerana ianya melibatkan privasi. Dalam pada itu, orang ramai turut menyokong tindakan yang dilakukan oleh Haqiem dengan membuat laporan polis dan berharap orang ramai juga tidak lagi sesuka hati mendedahkan maklumat peribadi orang lain.
Sumber: Harian Metro