Bakal melangsungkan perkahwinan sebulan lagi, pelakon, Adam Lee, 27, dan Sweet Qismina, 24, tidak bercadang untuk melantik mana-mana wedding planner bagi menguruskan persiapan perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Bersalaman Cium Tangan, Netizen Tegur Sweet Qismina & Adam Lee
Artikel Berkaitan: Diundang Buat Persembahan Secara ‘Live’, Netizen Nampak Sweet Qismina Macam Lip Sync?
Menggalas tugas sebagai wedding planner
Jelas Adam Lee, dia bersama tunangnya, Sweet Qismina akan menggalas tugas sebagai wedding planner bagi mempersiapkan segala persiapan majlis perkahwinan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Akui agak penat merancang dan menguruskan sendiri persiapan kahwin, Adam Lee tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja menanti hari bahagia bersama tunangnya itu.
Sebenarnya kami urus dan buat segala persiapan bermula dari kosong sehinggalah ke hari ini. Kami tak gunakan khidmat ‘wedding planner’ pun.
Kami masih lagi sibuk dengan kerja di lokasi penggambaran. Keluar pagi, balik pagi, dan semua itu agak mencabar sebenarnya. Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik
Terdahulu, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee atau lebih dikenali sebagai Adam Lee dan Farhanna Qismina Supandi atau lebih mesra sebagai Sweet Qismina telah bertunang pada 24 Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.
Sumber: Harian Metro