Biarpun Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak mengejutkan ramai namun tetap disambut dengan meriah bersama insan tersayang. Pasangan selebriti Adam Lee dan Sweet Qismina tidak melepaskan peluang meraikan bersama sebagai tunangan.
Artikel Berkaitan: Hargai Pertolongan Adik, Sweet Qismina Beli Kereta Polo Volkswagen ‘Cash’
Salam cium tangan
View this post on Instagram
Menerusi akaun Instagram (IG), Sweet memuat naik video beraya bersama Adam. Dalam rakaman tersebut, aktres berumur 25 tahun itu mengenakan busana warna ‘peach’ manakala Adam berkemeja hijau sedang bersalaman sambil cium tangan.
Tindakan ‘manis’ itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana mereka belum sah halal.
@fadzilah_azmi: Rasa cium tangan pun tak boleh kot.
@intandie.wspgp_snfc: Bersalaman tu pun kena tunggu tahun depan.
@mohd_a3har: Dah kahwin ka sampai nak salam?
@dynn.stella46: Diorang tak kisah. Artiskan walaupun Islam.. halal katanya.
Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan peminat yang menyeru agar Adam dan Sweet mempercepatkan hari bahagia.
Kahwin tahun ini
Ketika ditemui OhBulan pada bulan Ramadan lalu, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi menyatakan dia dan Adam merancang untuk berkahwin pada tahun ini.
Insya-Allah, kalau ada rezeki tahun ini akan berlangsung, cuma tarikhnya belum diumumkan. Kami akan maklumkan kepada pihak media sebulan awal. Nak bina rumah, kena bina tapak dulu dan kemudian fasa demi fasa.
Kami akan kongsikan berita gembira ini kepada semua, tak ada la ‘know know kahwin.’ Kami cuba selesaikan semua persiapan cepat supaya dapat memberi fokus kepada kerja.
Terdahulu, Adam dan Sweet mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.
Sumber: Instagram @sweetqismina