Sekadar gambar hiasan
Seorang warga emas yang dikhabarkan sedang bersiar-siar di halaman rumahnya hilang semenjak 20 September yang lalu dan didakwa disembunyikan oleh mahluk halus.
Artikel Berkaitan: Warga Emas Hilang 10 Tahun Rupanya Mayat ‘Disorok’ Dalam Peti Sejuk Di Bawah Tanah Bangunan Pub
Artikel Berkaitan: Setahun Dilaporkan Hilang, Rupanya Mayat Model Disorok Dalam Beg Pakaian
Artikel Berkaitan: 2 Tahun Hilang Selepas ‘Diculik’, Kanak-Kanak Perempuan Disorok Ibu Bapa Sendiri Dalam Bilik Rahsia
Warga emas ‘terkurung’ di satu lokasi
Kehilangan warga emas, Ithnin Warsan, 79, menjadi persoalan kerana hilang tanpa ditemui selepas dikhabarkan hanya bersiar di halaman rumahnya di Kampung Tungku Tiga, Segamat. Ithnin Warsan atau lebih dikenali sebagai Wak Ithnin menjadi misteri apabila operasi pencarian tidak menunjukkan apa-apa petunjuk sepanjang tujuh hari walaupun dengan cara laungan azan oleh ketua kampung.
Menurut laporan Kosmo, Wak Ithnin didakwa disembunyikan oleh mahluk halus yang dimaklumkan oleh pengamal perubatan tradisional yang turut membantu dalam pencarian Wak Ithnin dan tambahnya, Wak Ithnin terkurung di suatu lokasi yang masih tidak dapat ditemui sehingga kini.
Bapa saya sering kali pulang ke rumah sebelum maghrib. Tapi masa hari kejadian, 7:15 malam dia masih tidak kelihatan. Saya tak terkejut kalau kes kehilangan bapa saya ini berkait rapat dengan alam ghaib. Walau bagaimanapun, kami adik beradik masih mengharapkan kepulangan bapa kami dengan keadaan dia yang selamat.
Kata anak Wak Ithnin, Noor Azali Ithnin, yang sudah melakukan pelbagai cara untuk mencari bapanya itu. Tambahnya, Wak Ithnin seorang yang banyak berbakti dan menjadi kesayangan penduduk kampung sehingga namanya dijadikan salah satu nama jalan di jalan Tungku Tiga.
Walau bagaimanapun, kehilangan Wak Ithnin masih menjadi tanda tanya kerana tiada sebarang petunjuk yang dijumpai ketika operasi pencarian.
Sumber: Kosmo