Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Tuju menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya terlibat dengan dadah apabila kelihatan kurus menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Tiktok.
Artikel Berkaitan: Posing Atas Pelamin Sendirian, Ramai Gadis & Janda Nak Jadi Pasangan MK K-Clique
Artikel Berkaitan: Selalu ‘Belanja’ Badan Sado, Noki Terima Banyak Mesej Lucah Daripada Peminat
Kurus dan kusut-masai, peminat risau dengan keadaan Tuju
Menerusi laporan Kosmo, semenjak bergelar seorang bapa, Tuju sekarang lebih mementingkan kesihatannya dengan bersenam dan berpuasa demi mendapatkan berat yang sesuai. Tambah Tuju, dia tidak pernah mengambil barang terlarang seperti mana yang didakwa oleh segelintir netizen. Walau bagaimanapun, peminat meluahkan rasa risau apabila melihat keadaan Tuju yang kurus dan disamakan dengan pelawak otai, Saiful Apek.
Mana ada saya ambil dadah. Saya banyak berpuasa dan bersenam sekarang demi kesihatan sendiri juga. Tambah pula, saya seorang ayah sekarang, tidak boleh la harap saya sama macam orang bujang. Makin kita tua, makin kita kena jaga kesihatan kita. Lagipun, Saiful Apek lagi kurus dari saya (bergurau).
Mohd Azree Shah Awang Zamree atau lebih dikenal sebagai Tuju menyatakan dia tidak boleh menutup mulut orang atas bermacam-macam tanggapan terhadap dirinya yang sekarang.
Sumber: Kosmo