Sekadar gambar hiasan
Di Klaster Pondok Jatijajar, Indonesia, seorang lelaki tergamak membunuh anak perempuannya kerana tidak tahan diminta cerai oleh isteri pada hari Selasa yang lalu.
Artikel Berkaitan: Bayi 3 Bulan Maut Di Tangan Bapa Panas Baran
Bapa mat gian, bertindak membunuh anak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Gorajuara.com, si isteri berang dengan sikap si suami yang sering pulang lewat sehingga dia bertindak untuk berpisah dengan suspek. Selain itu, mangsa dikatakan tidak menghiraukan apabila namanya dipanggil dan itu menjadi salah satu sebab terbesar suspek bertindak sedemikian. Si isteri juga dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di sebuah pusat perubatan untuk menerima rawatan. Difahamkan, suspek turut mengambil bahan terlarang ‘narkotik’ semasa hari kejadian.
Walau bagaimanapun, bapa kepada dua orang anak itu mengakui kesalahan yang dilakukan dan menyatakan bahawa maruahnya seperti tiada harga. Susulan daripada itu, suspek akan dipecat daripada pekerjaannya sebagai pengawai kerajaan dan berkemungkinan akan menghadapi 15 tahun hukuman penjara.
Sumber: Gorajuara.com