Semalam, bekas suami kepada pelakon, Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz tampil ke depan dan membuka mulut berhubung isu nafkah anak yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.
Artikel berkaitan: Dituduh Masuk Campur Isu Nafkah Anak, Bakal Isteri Dr Che Hafiz Buka Mulut – ‘Saya Dihina, Dimaki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Masuk Campur Isu Nafkah Anak’ – Lufya Omar Tegur Kekasih Bekas Suami
Artikel Berkaitan: Dr Hafiz Anggap Lufya Omar Sudah Melampau, Sedar Tanggungjawab Kena Bagi Nafkah Anak – ‘Jangan Libatkan Bakal Isteri Saya’
Susulan daripada itu, Lufya berkata dia tidak perlu membalas kenyataan yang dibuat oleh bekas suaminya itu
Ikut nasihat peguam
Menurut Lufya, dia mengikut nasihat peguam yang dilantik untuk menggunakan saluran yang tepat bagi mendapatkan keadilan dan kebenaran. Tambah Lufya, kes tersebut telah difailkan di Mahkamah dan dia menyerahkan segalanya pada pihak berkuasa.
Semoga Allah melindungi kami anak beranak. Aamin
Terdahulu, Dr Hafiz menyangkal dakwaan yang dilemparkan oleh Lufya terhadap dirinya. Tegas Hafiz, dia langsung tidak terkejut apabila dakwanya Lufya sanggup berbohong dengan membuat kenyataan palsu yang berunsur fitnah kepada masyarakat. Selain Dr Hafiz, tunangnya iaitu Julia turut mengambil langkah untuk bercakap bagi pihak dirinya sendiri. Ujar Julia, dia tidak pernah menuduh dan bercakap mengenai pengintip (spy) seperti yang dibicarakan oleh Lufya baru-baru ini. Tambahnya, dia tidak berniat untuk membawa isu yang berlaku kepada umum meskipun mereka mempunyai ‘mutual friend’ di media sosial.
Sumber: Lufya