Kebanyakkan peminat drama ‘Kasih Rindu’ amat berpuas hati dengan pengakhiran drama 15 episod tersebut dengan lakonan mantap dari barisan artis yang berpengalaman.
Begitulah watak Ummi Nazeera yang mencuri perhatian warganet apabila terdapat satu babak di balik tabir drama tersebut tular yang kelihatan Ummi sedang memandikan ‘jenazah halimunan’.
Artikel Berkaitan: Alami Masalah Depresi Ketika Berjauhan Dengan Keluarga, Pakar Terapi Suruh Ummi Nazeera Luah Perasaan Dalam Bentuk Penulisan
Artikel Berkaitan: Penangan Risik Pada Hati, Suami Terpaksa Tadah Telinga Isteri Membebel Pasal Perangai Adam
Mayat halimunan
@ajuahmad_ Episode Akhir Rindu Kasih #behindthescenes ina mandikan sape tueww ??? #rindukasih #dramarindukasih #tv3malaysia #slotsamarindatv3 #pndpictures #fyppppppppppppppppppppppp #fyp??viral #fyp? #DramaRinduKasih #fyp @Nazeera Ummi @Ezzaty Abdullah
Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di Tiktok itu, Ummi Nazeera yang memegang watak sebagai Ina, kelihatan dalam berpakaian seorang banduan dengan tangannya yang digari bersama seorang anggota polis ketika memandikan jenazah ibunya di dalam drama tersebut.
Ina mandikan siapa tuu
Ramai netizen yang kagum dengan bakat Ummi di dalam drama tersebut di mana dia mampu menjayakan wataknya dengan memandikan jasad dengan hanya menggunakan sepenuhnya dari bayangannya sendiri. Walau bagaimanapun, babak itu berjaya dilakukan dengan menggunakan teknik kamera.
Menjenguk ke ruangan komen, pelakon wanita berusia 32 tahun itu menerima pelbagai maklum balas yang positif daripada warganet atas bakatnya yang dianggap layak diberikan anugerah.
‘Tolong la bagi anugerah dekat Ummi’
Sumber: Tiktok @ajuahmad_