Seorang kanak-kanak lelaki mengalami luka yang teruk pada separuh badannya hingga mula mengeluarkan bau. Dipercayai, hal ini berpunca daripada mangsa bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kuchi, Pontian.
Artikel Berkaitan: Makanan Viral ‘Ice Smoke’ Dipercayai Keluarkan Api, Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Satu Badan
Artikel Berkaitan: Pengecas Telefon Terbakar & Meletup, Wanita Melecur Tahap 1 & 2
Tidak dirawat
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib, mangsa yang berusia sembilan tahun itu tidak menerima sebarang rawatan walaupun selepas lima hari kejadian.
Katanya, hal itu diketahui selepas pihak polis menerima laporan daripada rakan kepada ibu kanak-kanak tersebut tentang keadaan mangsa yang melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha.
Difahamkan, gambar mangsa telah di sebarkan di ‘group WhatsApp’ keluarga dan pengadu mendapati mangsa masih di rumah tanpa rawatan.
Laporan dibuat kerana pengadu tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang membiarkan anaknya tidak menerima rawatan walaupun lima hari berlalu.
Sehingga laporan ini dibuat, luka mangsa semakin teruk dan sudah mula berbau.
Keadaan mangsa
Selepas menerima laporan, pihak polis menuju ke rumah mangsa dan mendapati budak tersebut dalam keadaan tidak berpakaian berada di luar rumah untuk dibawa ke hospital oleh keluarganya.
Mangsa mengalami kesan terbakar dan melecur di beberapa ‘tempat’ seperti bahagian kanan badan hingga ke kaki, lengan kiri, kedua-dua paha dan telinga kanan.
Ibu mangsa nampak kelibatnya ketika berada di dalam rumah dan terdengar bunyi letupan. Mangsa berlari dalam keadaan pakaiannya yang sudah terbakar dan terjun ke dalam parit.
Bapa mangsa bantu memadamkan api pada baju mangsa dan membawanya masuk ke dalam rumah. Walau bagaimanapun, hanya ubat tahan sakit dan ubat sapu dari farmasi yang merawat luka mangsa.
Susulan daripada itu, mangsa akhirnya dibawa ke Hospital Pontian untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa kini berada dalam keadaan yang stabil.
Walau bagaimanapun, ibu bapa mangsa ditahan untuk memberi keterangan lanjut tentang keadaan anaknya yang ‘disorok’ tanpa dibawa ke hospital.
Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia.