Penyanyi, Ernie Zakri berkongsi kisah mengenai perhubungannya dengan Syamel sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Tak Kisah Orang Panggil Syamel ‘Lembut’ – ‘My Husband Is Very Soft & Gentleman, Saya Sayang Dia’
Artikel Berkaitan: Ernie Pilih Syamel Nyanyi Lagu ‘Boneka’, Netizen Komen ‘Inilah Baru Cinta Sejati’
Luah perasaan
Menerusi program televisyen, Sembang Studio, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini mendedahkan mengenai siapa yang mengungkapkan perasaan terlebih dahulu antara dia dan Syamel. Jelas Ernie, dialah yang terlebih dahulu mengaku dan meluahkan perasaannya terhadap Syamel yang ketika itu hanyalah sahabat duetnya.
Tambah pelantun lagu Ku Bersuara ini, dia menggelar dirinya ‘muka tak tahu malu’ kerana mengambil keputusan untuk menghubungi Syamel bagi memaklumkan isi hatinya.
Saya telefon dia, saya cakap, ‘Eh Syamel, aku ada benda nak cakap dengan kau. Aku suka kau tau, tapi tak apa, kau tak balas tak apa, aku okay je’.
Bukan itu sahaja, jawapan balas Syamel terhadap ‘confession’ Ernie yang diceritakan dalam rancangan berkenaan turut mencuri perhatian umum. Ujar pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, suaminya Syamel turut menyukainya.
Lepas tu dia (Syamel) macam ‘Eh sabarlah, aku tak bagi jawapan lagi. Sebenarnya aku pun suka kau’.
Ernie turut menjelaskan, Syamel merupakan seorang yang ‘sweet’ dan pemalu.
Untuk rekod, Ernie Zakri dan Syamel mula berduet bersama menerusi lagu Aku Cinta pada tahun 2017. Seterusnya, mereka berkahwin pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Khawla Soleha, 1.
Video
Sumber: Youtube ATHQ Media