Penyanyi Ari Lasso yang merupakan bekas pejuang kanser memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama orang tersayang selepas dua tahun terpaksa ‘berkampung’ di hospital.
Artikel Berkaitan: Ari Lasso Dedah Pengalaman Seram Konsert Dihadiri 15 Ribu Makhluk Halus, Penganjur Pesan Jangan Tegur
Artikel Berkaitan: Alami Sakit Perut Melampau, Rupanya Ari Lasso Hidap Kanser Limfoma Tahap Dua
Rai ulang tahun kelahiran
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ari atau nama sebenarnya Ari Bernardus Lasso berkongsi pengalaman selain mengimbau kembali kenangan perit yang dilaluinya sejak dua tahun lalu selepas disahkan menghidap kanser limfoma tahap dua.
Tahun 2021 dan 2022 menyambut hari ulang tahun di rumah sakit (hospital). Dua hari ulang tahun terberat dalam hidup saya. Tahun ini, bersyukur dapat menyambut sekali di rumah dan dikelilingi orang-orang penting dalam hidup saya.
Terima kasih untuk semua doa dan sokongannya. Doa sederhana saya di ulang tahun ke-50 ini, adalah ingin hidup lebih bermanfaat dalam menjalani bonus hidup ke depan. Amin. Terima kasih semuanya. Doa saya untuk kita semua agar tuhan memberkati.
Dalam pada itu, pelantun lagu Hampa ini juga menyeru golongan peminatnya untuk menyokong dan memberikan sumbangan kepada pesakit kanser melalui kempen ‘Berbagi Bantuan Pengobatan’.
Sebagai ungkapan syukur menjelang ulang tahun kelahiran ke-50, berikan saya ‘hadiah’ ya, bukan untuk saya tetapi kita berbagi kepada para pejuang kanser.
Video
View this post on Instagram
Untuk rekod, penyanyi berusia 50 tahun ini mengumumkan penyakit tersebut pada September 2021 namun selepas mengikuti proses perubatan, dia dikhabarkan telah bebas dari kanser berkenaan pada Februari 2022.
Sumber: Ari Lasso