Lebih 60 orang yang terdiri daripada anggota polis, terbunuh dalam letupan yang berlaku di sebuah masjid di ibu pejabat polis Pakistan kelmarin (Ahad)
Artikel Berkaitan: Letupan Bom Di Istanbul Disyaki Angkara Pengganas Wanita
Artikel Berkaitan: 2 Maut 7 Cedera, Lelaki Guna Pisau Serang Dalam Kereta Api
Serangan masjid
Difahamkan, serangan itu berlaku semasa solat zohor di ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Peshawar yang mengakibatkan seluruh dinding dan sebahagian bumbung masjid musnah dalam letupan berkemungkinan berpunca daripada serangan bunuh diri.
Dalam pada itu, misi menyelamat dijalankan sepanjang malam. Menurut ketua polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan, pihaknya menganggarkan antara 300 hingga 400 anggota biasanya menunaikan solat berjemaah di masjid berkenaan.
Ramai anggota polis tertimbus di bawah runtuhan. Usaha sedang dilakukan untuk membawa mereka keluar dengan selamat.
Untuk makluman, sempadan Afghanistan ketika ini didakwa berdepan aktiviti militan yang semakin meningkat dan serangan itu yang mendorong kerajaan meletakkan negara dalam situasi waspada.
Sumber: Kosmo