Pelakon dan usahawan terkenal Neelofa enggan mengakui tentang ura-ura yang mengatakan dirinya sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Kerap Usap Perut & Nampak Baby Bump, Netizen Sahkan Neelofa Hamil?– ‘Baru Tengok Bilal, Lepas Ni Adik Dia Pula’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Perasan Neelofa Asyik Usap Perut, Dakwa Nampak ‘Baby Bump’
Tak perlu hebahkan…
Menerusi laporan Harian Metro, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor menjawab spekulasi netizen yang berkata dirinya sedang hamil anak kedua. Walau bagaimanapun, Neelofa enggan berkata lebih tentang hal yang belum pasti. Padanya, dia hanya melayan segala komen yang diterima dan hargainya.
Tambah Neelofa, dia lebih selesa menjawab segala persoalan tentang kehamilannya dengan perubahan fizikal yang dialaminya sendiri.
Perkara yang belum pasti, bagi saya tak perlu hebahkan lagi. Sama la macam perkahwinan dan kelahiran. Kita layan apa saja komen orang dan hargainya.
Saya sendiri masa hamil anak pertama, bila dah nampak perut besar tu, maksudnya InnsyaAllah hamil. Tapi just go with the flow.
Kalau hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya ini juga pendirian saya.
Mendapat sokongan dari suami
Dalam pada itu, keputusan yang dibuat Neelofa, 34, menerima sokongan sepenuhnya dari suaminya iaitu Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz. Tambahnya, dia mengharapkan doa yang terbaik daripada semua.
Doa yang baik-baik, kalau sesiapa yang pernah dengar jawapan sebelum ini, dia faham. Bukan nak menafikan atau mengesahkan. Sebab kita apa-apa pun, yang berlaku, kita minta yang terjadi itu yang terbaik.
Sekadar info, pasangan selebriti ini sah bergelar suami isteri pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan putera sulung, Bilal, pada 29 Januari tahun lalu.
Sumber: Harian Metro