Susulan perkongsian di Instagram (IG), isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga.
Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Nafi Sengaja Sebar Aib, Doakan Kebahagiaan Sekiranya Hafidz Roshdi & ‘Penyondol’ Kahwin
Tak pernah ada pengalaman ke mahkamah
Menerusi hantaran tersebut, Shuhada menyatakan penulisan yang dimaksudkan adalah ‘ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak’ pada 15 Februari 2023.
Kata Shuhada, tindakan pihak ketiga itu membuatkan dia berasa susah hati memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dituntut.
Seharian semalam, susah hati jugalah untuk saya yang belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.
Tambah Shuhada, dia ralat apabila tidak membuat persediaan awal dengan membuat simpanan kewangan ketika menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Saya ini, baru mula hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat business @shelupshelup. Selagi ada rezeki, saya usahakan. Buat simpanan saya dan anak-anak. Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah.
Tak nak dipijak
Bagaimanapun, Shuhada tidak akan berputus asa dan akan bangkit demi memperjuangkan kehidupan diri dan kedua cahaya mata.
Walaupun rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses penceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula.
Tak apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang dengan wanita yang dikenali sebagai Athira Yuhada.
Sekadar info, bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Sumber: Instagram