Pelakon dan pengarah, Farid Kamil akur apabila usaha untuk menghubungi isteri, Diana Danielle dan dua orang anaknya tidak berjaya selepas nombornya telah disekat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Gembira Dapat Bertemu Isteri Hari Ini’ – Farid Kamil Tak Pernah Berhenti Berusaha Selamatkan Rumah Tangga
Artikel berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Mahu Selesai Hak Penjagaan Anak Secara Baik, Isu Balik Raya Di Kedah Akan Dibincangkan
Artikel berkaitan: ‘Tuduhan & Fitnah Yang Direka’ – Farid Dakwa Kenyataan Diana Bercanggah Dengan Laporan Polis?
Nombor telefon disekat
Ketika ditemui Oh Bulan! di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan pertama kes hadanah, pagi Rabu, Farid berkata satu-satunya cara untuk dia bertemu dengan Diana adalah ketika mereka berdua hadir ke mahkamah.
Saya telefon Diana, saya telefon anak-anak, semunya di block (disekat). Panggilan telefon tidak diangkat dan mesej WhatsApp tidak berbalas.
Masa bertemu dengannya (Diana) hanyalah ketika di mahkamah sahaja sekarang.
Bersyukur dapat jumpa anak
Dalam masa sama, Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 41, menjelaskan dia hanya dapat menghabiskan masa selama enam jam sahaja ketika berjumpa anak sulungnya, Muhammad baru-baru ini. Namun, aktor tersebut tetap melahirkan rasa syukur.
Alhamdulillah, Muhammad ceria. Saya jumpa dia enam jam. Itu adalah proses apa yang ditetapkan oleh peguam sebelah sana.
Untuk perjumpaan tersebut, hanya berlangsung dari pukul 10 pagi sampai 6 petang.
Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Menurut aktres tersebut, dia memfailkan perceraian dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Beberapa hari sebelum melantik JKP, pada 24 Mac, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Untuk rekod, Farid dan Diana selamat bergelar suami isteri pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.