Sedar tak sedar, sudah 15 hari umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Tentunya, bulan yang mulia ini digunakan sebaik mungkin oleh setiap insan untuk memperbanyakkan ibadah.
Namun begitu, gelagat anak kecil yang aktif menyebabkan golongan ibu bapa mengalami sedikit kesukaran untuk fokus dalam melakukan ibadah solat tarawih di masjid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terubat Rindu! Masak Makanan Tradisi Nepal Buat Pengawal Keselamatan, Netizen Puji Tindakan Murni TikTokers
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Selesai Majlis Kahwin, Pengantin Perempuan Kecoh Nak Kahwin Lain
Inisiatif masjid untuk golongan ibu bapa
Menyedari masalah dan kesukaran ini dihadapi golongan ibu bapa yang hendak menunaikan ibadah solat sunat tarawih, sebuah masjid bernama Masjid Saidina Osman yang terletak di negeri Kelantan menyediakan satu inisiatif bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Inisiatif yang dibuat masjid itu digelar sebagai ‘Ramadan Kid’s Corner’ di mana mereka akan menjaga kanak-kanak yang ditinggalkan sementara para ibu bapa melakukan ibadah solat sunat tarawih.
@masjidsaidinaosman Ada nak ramai, payah nak terawih? Jom g smaye di MSO..kita buat MSO Ramadan Kid’s Corner.. Jange rusing, kita sedia program ko anak2 xse bagi boring.. #fyp? #masjidsaidinaosmantepisungai #kidscorner ? Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain
Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti disediakan buat kanak-kanak yang hadir di situ seperti bermain alatan permainan, pertandingan mewarna dan sebagainya.
Dapat pujian netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan dan inisiatif pihak pengurusan masjid berkenaan dalam usaha membantu golongan ibu bapa untuk kekal fokus dalam mengerjakan ibadah di bulan yang mulia ini.
Sumber: TikTok