Sikap murni yang ditunjukkan seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Abe Bakar wajar dipuji selepas tindakannya itu berjaya mengubat rindu dua orang pengawal keselamatan warga Nepal terhadap makanan tradisi di kampung halaman mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Selesai Majlis Kahwin, Pengantin Perempuan Kecoh Nak Kahwin Lain
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Kongsi Cara ‘Edit’ Video Masak, Netizen Puji Tak Lokek Ilmu
Masakkan makanan tradisi Nepal buat pengawal keselamatan
Terbaru, Abe Bakar memuat naik satu hantaran video dirinya bertanyakan makanan yang paling dirindui dan diingini kepada dua orang pengawal keselamatan warganegara Nepal yang sedang bekerja.
Ada tak satu makanan yang you nak sangat-sangat makan tapi tak makan lagi?
Setelah mendengar jawapan yang diberikan pengawal keselamatan tersebut, pempengaruh TikTok itu kemudiannya membeli bahan untuk membuat sejenis makanan tradisi Nepal yang bernama Nepali Momo sebelum diberikan kepada kedua-dua pengawal keselamatan tersebut untuk menjamu selera.
Dapat dilihat, reaksi yang diberikan kedua-dua pengawal keselamatan itu sangat gembira selepas dapat menjamah makanan tradisi negara mereka setelah sekian lama tidak merasa.
Reaksi netizen
Suka sangat content yang macamni. Dia tahu orang tu jauh & mesti rindu makanan tempatan dia ? pic.twitter.com/N9hWBQmIVj
— amighul rahman (@ricxxxkiddo) April 3, 2023
Tindakan murni pempengaruh TikTok itu bukan sahaja berjaya mengubat rindu pengawal keselamatan itu malah berjaya meraih pujian netizen.