Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat atas sebuah kondominium di Jalan Langkawi, Setapak, pada Selasa malam.
Artikel Berkaitan: Pemain Bola Sepak Maut Akibat Ditikam
Artikel Berkaitan: Isteri Maut Di Tangan Suami Dengan 6 Kesan Hentakan, Dipercayai Guna Tukul Besi
Bunyi dentuman kuat
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, kejadian terbabit mula disedari penduduk setempat sekitar jam 7 malam selepas terdengar bunyi dentuman kuat.
Difahamkan juga, ibu kepada kanak-kanak berbangsa Somalia itu mula panik selepas gagal menemui anaknya ketika hendak menjemputnya pulang ke rumah selepas selesai menjalani kelas mengaji di sebuah blok di kondominium berkenaan.
Hasil pencarian, ibu mangsa menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya dekat Blok B.
Dalam pada itu, pihak polis turut menemui sebuah beg sandang yang mengandungi senaskah al-Quran di tingkat 4 berhampiran tangga Blok B kondominium tersebut.
Sekadar info, kedua-dua anak beranak itu merupakan warga Somalia dan dipercayai pemegang Kad UNHCR (Agensi Pelarian PBB) sejak 2017.
Sumber: Sinar Harian