Tindakan penyanyi popular, Krisdayanti melakukan rawatan memutihkan kulit telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang menyoal akan kesan buruk rawatan tersebut.
Artikel Berkaitan: Krisdayanti Bayar Yuran Mahal Untuk Dua Anak, Kantin Sekolah Jadi Tumpuan Ramai – ‘Menu Makanan Mewah & Tak Boleh Jual Jajan’
Artikel Berkaitan: Mengaku Pernah Jadi Peminat Setia Arwah Nike Ardilla, Komen Krisdayanti Dekat IG Suami Curi Tumpuan
Jejaskan kesihatan
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan penyanyi terkenal Indonesia itu dipercayai sedang melakukan rawatan memutihkan kulit.
Krisdayanti dilihat menjalankan rawatan tersebut di rumah.
Ini pertama kali saya lakukan rawatan ini, ada faktor memutihkan yang boleh melembapkan, lebih sihat dan kulit lebih cerah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik dan mengecam tindakan pelantun lagu Menghitung Hari itu kerana bimbang jika rawatan tersebut dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah, ia boleh menjejaskan kesihatannya.
Harap rawatan ini dibuat oleh mereka yang pakar dan bertauliah sebab perlu menjalankan pemeriksaan darah terlebih dahulu.
Tak ada kesan buruk pada buah pinggang ke nanti?
Adakah rawatan ini akan menjejaskan buah pinggang dalam jangka masa panjang?
Terima sahaja usia sudah semakin senja, cari dan pelajari mengenali Tuhan. Kubur dah panggil, kembali kepada asal mu dari tanah.
Sumber: TikTok