Bekas peserta Raja Lawak musim ketiga, Amir mengamalkan solat dan sedekah setiap hari sebagai pembuka pintu rezekinya.
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Ditegur Peminat Kerana Poster Piala Fa Ini
Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Berang Ditipu MLM Sampai Tak Sempat Mandi!
Sumber rezeki
Menerusi laporan Berita Harian, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkongsi amalan yang sering diamalkan bagi meluaskan lagi rezekinya terutama dalam bidang perniagaan.
Amir, 34, mula mengusahakan perniagaan air jagungnya sejak 2017.
Permulaan hidup setiap hari adalah pada waktu pagi. Solat pada waktu pagi adalah kuncinya.
Saya ada amalkan doa supaya dimurahkan rezeki. Selain iu, sedekah subuh juga saya amalkan. Sedekah saja seberapa banyak yang kita mampu. Selepas itu, niatkan yang baik-baik.
Difahamkan, Amir turut terlibat dalam pemberian sumbangan kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan dengannya.
Anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu turut menyatakan akan terus mencuba untuk mengembangkan perniagaannya yang telah diusahakan selama 6 tahun tersebut.
Sumber: Berita Harian