Dalam sebuah rumah tangga, suami dan isteri haruslah bijak menjalankan tanggungjawab masing-masing terutama ketika berhadapan dengan masalah, sama ada besar atau kecil.
Begitulah kisah pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa yang tampil dengan ‘tips’ untuk memujuk suami yang sedang merajuk.
Artikel Berkaitan: Neelofa Terima Hadiah Cincin Dari Haris – ‘Moga Mencurah Rezeki Awak Asbab Bahagiakan Isteri’
Artikel Berkaitan: ‘Suami Pesan Awal Jangan Komen’ – Neelofa Dinasihati PU Riz Untuk Tidak Ulas Isu Rumah Tangga Selebriti
Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Haris Kongsi Persiapan Raya – ‘Lofa Pun Makin Simple Tahun Ini’
Senang je nak pujuk
Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa, 34, berkongsi cara yang digunakannya untuk memujuk suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail.
Walau bagaimanapun, Haris sempat berseloroh dengan menafikan dirinya merajuk dan menyatakan itu sebagai satu ‘didikan’.
Kalau Ustaz merajuk nak pujuk dia senang je, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit.
Cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit. Lepas itu, manja-manja la sikit.
Dalam pada itu, Neelofa sempat memaklumkan bahawa Haris merupakan seorang yang mudah ‘cair’ dengan pujukannya.
@harisneelofa Siapa je tak cair kalau macam tu ? tapi yeke pak ustaz tak pernah merajuk ke malu nak mengaku ??? #nunha #neelofaharis
Kami setuju!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan ‘tips’ yang dikongsi Neelofa. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang bersetuju dengan cara yang digunakan Neelofa kerana kebanyakan lelaki atau para suami memangs suka dengan pujukan daripada si isteri.
Sumber: TikTok @harisneelofa