Sejak kebelakangan ini, isu pergolakan rumah tangga yang melibatkan selebriti tanah air sering terjadi. Malah, isu tersebut terus mendapat perhatian umum dah menjadi bualan netizen di laman sosial.
Artikel berkaitan: Isteri ND Lala Sebak, Fail Permohonan Cerai?
Artikel berkaitan: Isteri Musa Hassan Fail Cerai Sebab Shiqaq
Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Nak Berdamai, Tetap Nak Bercerai’ – Puteri Sarah Liyana
Neelofa enggan ulas
Bagaimanapun, pasangan selebriti Noor Neelofa dan Haris Ismail, mengambil pendekatan untuk tidak mengulas atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.
Menerusi temubual bersama HLive, Neelofa, 33, berkata dia telah dinasihati oleh suaminya untuk tidak memberikan sebarang komen, sebaliknya mendoakan yang terbaik kepada rakan selebriti yang sedang diuji dengan masalah rumahtangga.
Saya kalau dekat rumah, berita ini (cerai) keluar dekat timeline (media sosial), suami saya dekat tepi kata jangan tengok dan jangan cakap apa-apa. Apatah lagi nak bercakap depan tv (televisyen).
Sebab itu kalau ada cerita viral pasal artis, saya tidak akan beritahu dia (Haris). Saya tengok seorang diri sahaja. Suami dah pesan awal-awal, jangan ambil tahu, jangan komen apa-apa, sebab tak tahu kehidupan kita nanti macam mana, doakan yang terbaik.
Pu Riz nasihat perbaiki diri
Sementara itu, Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, berkata sebagai seorang manusia seeloknya memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.
Banyakkan lihat kekurangan diri kita. Sebagai seorang yang belum sempurna, banyak benda lagi termasuk hubungan dengan mak ayah. Ada beberapa perkara yang perlu dibaiki lebih lagi.
Sumber: Instagram HLive