Gambar sekadar hiasan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun dan empat bulan terhadap seorang lelaki setelah didapati bersalah menolak isterinya yang sedang hamil dari tebing empat tahun dahulu.
Artikel Berkaitan: Lelaki Bunuh Kekasih Hamil 3 Bulan Guna Pisau Ukuran 20 Cm
Artikel Berkaitan: Suami Tamak Harta Upah Anak Saudara & Adik Ipar Bunuh Isteri Pertama
Demi harta & hutang
Foto: Weibo Videos
Memetik laporan The Straits Times, tertuduh, Yu, telah melakukan jenayah itu di Taman Negara Pha Taem, Thailand pada tahun 2019.
Ketika kejadian, isteri yang sedang hamil lima bulan dilaporkan patah 17 tulang di keseluruhan bahagian badan selepas terjatuh dari ketinggian 34 meter. Dia kemudian ditemui oleh orang awam lalu dikejarkan ke hospital.
Wanita yang dikenali sebagai Wang itu terselamat, bagaimanapun kandungannya tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, Wang mendakwa motif cubaan membunuh oleh suaminya adalah kerana mahu mewarisi kekayaan dan hartanya untuk menyelesaikan hutang yang banyak.
Dalam pada itu, menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Wang menyatakan bahawa dia berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Agung Thailand terhadap suaminya itu.
Difahamkan Wang kini mahu memulakan hidup yang baharu dengan memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Sumber: The Strait Times