Pemilik nama Ariani Nisma Putri atau lebih mesra dengan panggilan Putri Ariani menjadi perhatian ramai selepas gadis ini menyertai program realiti nyanyian, America’s Got Talent (AGT).
Persembahan memukau Putri
Paling membanggakan persembahan hebat Putri yang mendendangkan lagu Loneliness berjaya memukau empat juri AGT iaitu Simon Cowell, Heidi Klum, Sofia Vergara dan Howie Mendell.
Meskipun Putri seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) hilang penglihatan, namun bakat yang dimilikinya sangat luar biasa sehinggakan dia menerima tepukan gemuruh dan standing ovation daripada para juri dan seluruh penonton yang berada di studio.
Sebaik sahaja selesai persembahan, Simon tiba-tiba berlari ke atas pentas dan menghampiri Putri. Rupa-rupanya, Simon meminta gadis berusia 17 tahun ini untuk menyanyikan sebuah lagi lagu.
Terima Golden Buzzer
Ujar Simon lagi, dia sangat menyukai suara Putri. Akur dengan permintaan tersebut, Putri memilih lagu Sorry Seems to Be the Hardest Word yang ditujukan khas buat Simon.
Siapa sangka, persembahan memukau Putri akhirnya membuatkan gadis ini berjaya menerima Golden Buzzer’daripada Simon Cowell.
Sekadar info, Golden Buzzer hanya diberikan kepada lima peserta sahaja dan ini bermakna Putri Ariani akan terus mara ke peringkat suku akhir tanpa perlu melalui pertandingan untuk bersaing dengan peserta lain.
Video
Sumber: Youtube AGT