Seorang wanita di Brazil didakwa menjalani prosedur membesarkan punggung namun meninggal dunia selepas itu akibat daripada komplikasi yang berlaku.
Artikel Berkaitan: Obses Ingin Payu Dara Besar, Akhirnya Gadis Ini Merana Seumur Hidup Kerana…
Artikel Berkaitan: ‘Buah Dada Bengkak, Sakit & Boleh Ragut Nyawa’ – Wanita Rugi Lebih RM23k, Payudara ‘Beralih’ Lokasi Selepas Pembedahan
Artikel Berkaitan: Wanita Kesal Dapat Foto Puji Payudara Ketika Di Bazar, Netizen Pula Salahkan Tudung Suruh Labuh
Jangkitan merebak
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Daily Star, wanita yang dikenali sebagai Lygia Fazio itu merupakan seorang ‘Influencer’ yang bekerja di dalam bidang peragaan.
Menurutnya, dia pernah menjalani prosedur membesarkan punggung, namun begitu, pasangannya tidak berpuasa hati dengan hasilnya.
Saya tengok cermin, saya rasa saya mempunyai punggung yang kecil dan saya mahu membesarkannya.
Difahamkan, prosedur kali kedua itu dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya seorang jururawat dan dimaklumkan bahawa Lygia menerima suntikan di rumah rakannya.
Walau bagaimanapun, Lygia, 40, mengalami strok selama tiga minggu akibat daripada jangkitan yang merebak melalui badannya. Ini berpunca daripada bahan suntikan yang bocor dan dimasukkan ke dalam saluran darahnya.
Susulan daripada komplikasi yang terjadi, Lygia tidak dapat diselamatkan.
Sumber: Daily Star