Sebuah video yang dimuat naik oleh pelakon Fimie Don, mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi tentang erti persahabatan dan membayangkan hari kematiannya.
Artikel Berkaitan: Kos Baiki Kereta Dalam RM75,000, Ikmal Amry Trauma Nak Pandu Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hanya Dia Yang Mahu Duet Dengan Saya, Lain Pandang Serong’ – Jaafar Onn
‘Jangan menangis’
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon memaparkan dia sedang berbual bersama rakan artis iaitu Ikmal Amry.
Video tersebut juga mengandungi klip-klip pendek Fimie bersama rakan-rakan artis yang lain.
Paling mengundang sebak adalah apabila Fimie meminta agar Ikmal tidak menangis jika dia ditakdirkan meninggal dunia terlebih dahulu.
Kau tahu aku tak ramai kawan kan? Janji satu benda dengan aku boleh tak?
Kalau satu hari nanti..aku tak tahu pun tapi kalau rezeki aku ‘pergi dahulu’, kau jangan menangis.
Pelakon filem Magika itu juga membayangkan pada hari kematiannya nanti teman-teman rapatnya yang hadir akan memberikan penghormatan terakhir buatnya.
Pada akhir video, aktor berusia 25 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada Ikmal kerana menjadi sahabatnya.
Aku selalu cakap macam ini dekat kawan-kawan aku sebab itu adalah hari yang aku boleh temukan semua kawan-kawan aku satu tempat. Sebab aku suka tau kumpul ramai-ramai.
Aku tak ramai kawan. Orang cakap ‘mati ke kalau tak ada kawan?’ Betul tak mati kalau tak ada kawan. Tapi kalau aku mati nanti siapa yang akan penuhkan saf aku?
Aku sayang kau. Kau baik dengan aku. Terima kasih Mal.
Netizen sebak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak dengan kata-kata ‘deep’ Fimie dan memuji sikapnya yang menghargai persahabatan. Dalam pada itu, ada juga warganet yang berkongsi tentang kisah mereka bersama rakan.
@fimiedonofficial “Mati ke tak ada kawan?” “Tidak, tak mati kalau tak ada kawan, Tapi kalau aku mati nanti, siapa yang akan penuhkan saf aku?”
Sumber: TikTok