Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menyokong pelawak Shuib yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menyebarkan fitnah di laman sosial melibatkan dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah.
Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Diganggu Makhluk Halus Ketika Bercuti Di Cameron Highlands -‘Kesan Tapak Tangan, Bunyi Perabot’
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami Semakin Rapat’ – Zulin Aziz Enggan Panjangkan Isu
‘Tak suka diam’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zulin berharap agar orang ramai tidak sesuka hati menulis sebarang kenyataan yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan fitnah.
Tegas Zulin, sekiranya tidak menyukai mana-mana individu sebaiknya mendiamkan diri.
Tolonglah jangan sesuka hati menulis, kongsi benda ikut perasaan dan jatuh fitnah ni. Kita tak kenal secara peribadi, kita cuma main agak-agak, main rasa, lepas itu kita tulis menuduh orang macam kita kenal dia siapa.
Makin menjadi-jadi kat media sosial ni. Makin lama makin seronok menulis, komen, mencemuh orang. Tak boleh ke kalau tak suka, duk diam! Kenapa nak jadi manusia terpaling?
Tak ada siapa paksa untuk kita suka pun, tak perlu pun nak komen apa-apa sebab kita siapa? Kita kenal pun tidak.
Justeru, Zulin berpesan agar orang ramai berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang posting di laman sosial.
Asal ada isu laju saja nak tulis apa-apa dan nak jadi manusia terpaling, terawal, macam-macam fitnah keluar kat media sosial ini. Hati-hati sebelum bercakap dan menulis sesuatu. Fikir kesan dia.
Tak suka, diam sajalah. Tak payah fitnah, tak payah nak beritahu kau tak suka dan mengajak orang lain setuju sama.
Tak ada motif sebab dia pun bukan kenal kau. Tak penting pun perasaan tak suka kau kat mana-mana pihak.
Terdahulu, nama Shuib menjadi bualan ramai selepas didakwa terlibat dengan sebuah organisasi dikenali sebagai Freemason.
Bertambah teruk lagi, apabila ada individu yang mendakwa Shuib sengaja menidurkan arwah isterinya Siti Sarah sehingga menjadi punca penyanyi itu meninggal dunia.
Tahap kesabaran ayah kepada empat cahaya mata itu mula hilang lantas mengambil keputusan mengadakan sidang media tergempar untuk bertemu secara empat mata dengan pemfitnah tersebut.
Dalam sidang media berkenaan, individu yang menjatuhkan fitnah kepada Shuib mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mengambil keputusan untuk memaafkan individu berkenaan.
Dalam pada itu, seorang lagi pemfitnah iaitu John Dihani tampil memohon maaf di Instagram Story namun Shuib tetap meneruskan tindakan undang-undang.
Sumber: Instagram