Pelakon kanak-kanak Muhammad Ariff Abdullah yang dikenali sebagai ‘buntat’ kini menolong bapanya berniaga roti canai di Jitra, kedah.
Artikel Berkaitan: Almy Nadia Saksi Peritnya Suami Nak Siapkan ‘Mat Tudung Begins’ – ‘Lapan Tahun Dia Pendam…’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ni Kita Tak Pilih Rupa Paras, Janji Boleh Berlakon’ – A. Aida
Buntat tolong bapa dikedai makan
Tular baru-baru ini satu rakaman video yang memaparkan kemunculan Muhammad Ariff setelah sekian lama menyepi dari kaca televisyen.
Menerusi perkongsian tersebut, Muhammad Ariff dilihat sedang membersih meja makan dan mengemas kedai bapanya.
Para warganet terkejut dan tidak menyangka Muhammad Ariff yang dahulunya merupakan pelakon kanak-kanak kini meningkat dewasa dengan begitu cepat.
Patutlah ramai yang makan dekat sini. Besar dah dia. Dulu kecil je tengok dekat televisyen.
Biarpun sudah lama tidak muncul di televisyen namun ramai masih mengingati dirinya.
Komen netizen
Rata-rata warganet senang melihat diri Muhammad Ariff dan meluahkan rasa rindu terhadapnya apabila melihat video tersebut.
Dikatakan, Muhammad Ariff bakal membuat kemunculan semula di televisyen. Ini kerana dia baru sahaja selesai membuat penyuntingan bersama pihak produksi. Namun, drama tersebut masih belum disiarkan.
Video
@syakirasaid_ Patut la ramai yg makan dekat sini. Besar dah dia. #fyp ? Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang
Sumber: TikTok