Di Bangkok, Thailand polis berjaya memberkas seorang wanita yang didakwa melakukan pembunuhan bersiri.
Artikel Berkaitan: Tengkorak Gadis Pecah Dihentak Gara-Gara Tolak Lakukan Hubungan Seksual Bersama Pengarah
Pembunuhan terancang
Memetik laporan The Guardian, suspek yang dikenali sebagai Sararat Rangsiwuthaporn ditangkap selepas kematian seorang rakannya ketika mereka sedang bercuti dalam upacara perlindungan Buddha di wilayah Ratchaburi, Bangkok.
Timbalan Ketua Polis Negara, Surachate Hakparn mendapati sejenis racun sianida ditemui dalam badan mayat semasa di bedah siasat. Dipercayai, Sararat telah mencampurkan racun dalam makanan mereka.
Dikatakan, mangsa lain juga telah meninggal dunia dengan cara yang sama. Susulan itu, polis menyiasat seramai 14 orang telah dibunuh manakala seorang rakannya yang dipercayai anggota polis terselamat.
Menurut Surachate, suspek membunuh atas dasar kewangan di mana wanita yang berusia 36 tahun itu telah meminjam wang mangsa dan berniat untuk tidak memulangkannya kembali.
Dia meminta wang daripada orang yang dikenali sahaja kerana telah mempunyai banyak hutang kad kredit. Jika mereka meminta agar wang dibayar semula, dia akan membunuh mangsa.
Difahamkan, Sararat telah ditahan dan menghadapi 14 pertuduhan, pembunuhan terancang serta tiga kes lain.
Sumber: The Guardian, Wollipop