Pengacara dan pelawak, Jiggy mengambil berat setiap pesanan yang dititipkan oleh isterinya, iaitu Nur Dhabitah Sabri terutama ketika atlet terjun itu berada di luar negara.
Artikel Berkaitan: Elly Arifin Nafi Tumpang Populariti Jiggy Masin & Dhabitah Sabri -‘Saya Pernah Berada Dalam Hidup Dia’
Artikel Berkaitan: Jatuh Cinta Ketika ‘Shooting’ Bersama, Jiggy Masin Sah Bergelar Suami Dhabitah Sabri
Bimbang dengan isu rumah tangga
Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama sebenar Mohammad Aizat Ahmad Nazri mengakui wujud kerisauan dalam diri isterinya apabila melihat kontroversi rumah tangga yang melanda ketika ini.
Sekarang, Dhabitah bimbang juga terhadap saya kerana dia selalu berpesan agar menjaga diri dengan baik. Pesanan itu bukan sebab dia anggap saya tidak baik atau orang sekeliling yang tidak baik, tapi sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati.
Sebab, benda kalau nak jadi kita tak tahu. Macam kes-kes (rumah tangga) sekarang ini banyak yang kita tengok orang yang tak disangka-sangka terbabit. Itu yang sedikit-sebanyak timbul kebimbangan kepadanya.
Pelawak berusia 34 tahun itu turut memuji sikap berterus-terang yang ditonjolkan Dhabitah. Menurutnya sikap tersebut menjadikan mereka pasangan yang lebih baik selain membantu memperbaiki diri sendiri.
Banyak yang Dhabitah membuka mata saya terutama membabitkan pengetahuan agama. Dia banyak bertanya dengan saya berkaitan ilmu keagamaan yang membuatkan saya kagum dengan dirinya.
Dia ada kesungguhan nak tahu apa yang dia tak tahu mengenai ilmu agama. Termasuk, dia juga sering mengajak saya mengikuti kelas mengaji al-Quran yang menjadikan saya teruja melakukannya bersama.
Dalam pada itu, Jiggy juga sama sekali tidak pernah menghalang Dhabitah untuk meneruskan cita-citanya dalam bidang sukan.
Sekadar info, Jiggy mendirikan rumah tangga bersama Dhabitah pada 28 April lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Untuk rekod, Jiggy sebelum itu pernah berkahwin dengan pengacara dan pelakon Elly Ariffin pada 9 September 2016 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada Januari 2020.
Sumber: Harian Metro