Sering terpalit dengan kontroversi cinta lokasi, pelakon jelita Sophia Albarakbah mengakui dirinya pernah terdetik untuk tidak lagi mahu berlakon bersama pelakon yang berstatus suami orang.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Menjadi Satu Masalah Kami Berada Di Tempat Sama’ – Sophia Albarakbah
Trauma dengan apa yang berlaku
Ketika ditemui OhBulan!, pengurus kepada Sophia yang dikenali sebagai Nik Yasmin, berkata, permintaan tersebut diminta pelakon jelita berusia 30 tahun itu kerana trauma dengan apa yang terjadi terhadap dirinya.
Saya nak pecah rahsia sikit. Sejak kebelakangan ini dia (Sophia) ada berkata pada saya bahawa kalau boleh dia tidak mahu digandingkan bersama pelakon yang sudah pun berkahwin.
Tetapi saya selalu cakap dengan dia bahawa industri ini bukan kita boleh tentukan begitu sahaja. Yang tentukan itu ialah pengarah, penerbit dan juga jalan cerita itu sendiri.
Dalam pada itu, Sophia mengakui dirinya agak penat menerima tohmahan serta kecaman dari segelintir netizen berhubung isu yang terpalit sejak kebelakangan ini.
Ya saya agak trauma sebab kadang-kadang tu saya tak buat apa-apa pun tapi ada sahaja yang menghentam dan sebagainya.
Bila dah lama-lama tu saya rasa, ‘Penatlah macam ni’. Kalau boleh macam yang pengurus saya katakan tadi saya nak elak berlakon dengan pelakon yang berstatus suami orang.
Perkara tersebut dikongsi Sophia dan pengurusnya ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem ‘Harimau Malaya The Untold Journey’ yang diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Lebih baik mengelak
Tambah pemenang Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 35) lagi, keputusannya dibuat untuk mengelakkan dirinya daripada terus dikecam orang ramai.
Setiap orang tak suka pun bila ada orang lain mengata atau cakap buruk pasal kita. Kalau orang mengata sekali mungkin normal tapi dah banyak kali dan banyak sangat orang mengata.
Kadang-kadang saya rasa saya tak buat apa-apa salah pun orang masih mengata.
Mencegah itu lebih baik daripada merawat jadi saya rasa lebih baik saya mengelak bekerjasama dengan pelakon yang merupakan suami orang daripada terus dikecam.
Terdahulu, Sophia pernah menjadi bualan ramai selepas didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sehingga mencetuskan kemarahan isteri kepada Aliff, Bella Astillah ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri, ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’.
Video
@ohbulanofficial Replying to @ikram Korang ni janganlah mudah buat andaian! ????#ohbulan #fyp #news #sophiaalbarakbah ? original sound – OHBULAN!