Baru-baru ini, pelakon, Raja Ilya dikecam hebat oleh warganet gara-gara meninggalkan komen ‘stay safe’ di Instagram (IG) pelakon antarabangsa iaitu Gal Gadot berhubung isu peperangan antara Israel dan Palestine.
Artikel Berkaitan: Gal Gadot Sokong Israel, Netizen Ungkit Gambar Meerqeen – ‘Dah Boleh Cancel Dia Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Bergambar Dengan Zionis?’ – Netizen Kecam Zahirah Macwilson Bersama Gal Gadot
Rasa prihatin
Memetik laporan BH Online, Raja Ilya sama sekali tidak menyangka komen tersebut akan menjadi perhatian warganet sehingga dia dihujani dengan pelbagai kritikan.
Saya tak tahu komen saya menjadi perhatian hingga mendapat kecaman netizen. Tak sangka, saya tahu Gal Gadot ada berjuta pengikut dan pasti ramai juga yang tinggalkan komen.
Lagipun, takkanlah saya sebodoh itu untuk tinggalkan komen berbentuk sokongan kepada Israel secara terbuka dalam media sosial.
Komen saya lebih kepada rasa simpati terhadap wanita terutama golongan ibu yang berdepan dengan situasi peperangan.
Tak kiralah sama ada orang Israel atau Palestin. Saya sedih bila ramai ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban akibat peperangan.
Dalam pada itu, pemilik nama Raja Rumilah Begum Raja Mohammad menjelaskan bahawa komen tersebut bukanlah bermaksud dia menyokong kekejaman tentera Israel terhadap rakyat Palestine tetapi dia hanya menzahirkan sifat kemanusian.
Saya rasa sesiapapun yang berada situasi ini tanpa mengira bangsa dan agama akan memberi reaksi sama apabila membaca kapsyen Gal Gadot yang meluahkan rasa cemas apabila pintu rumah dihentak ketika dia dan dua anaknya berada dalam rumah.
Sebagai peminat dan pengikut media sosial, saya belum pernah nampak Gal Gadot membuat hantaran sensitif seperti ini.