Seorang kanak-kanak berusia dua tahun, cedera parah akibat diserang oleh seekor anjing jenis rottweiler.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Hilang Dua Jari Gara-Gara Perbuatan Remaja Baling Mercun
Artikel Berkaitan: Budak 11 Tahun Tembak Rakan Sepasukan Kerana Berebut Sebungkus Snek
Kegagalan buah pinggang
Menurut laporan Thaiger News, insiden tersebut berlaku di Chengdu, China, di mana seekor anjing rottweiler yang terlepas dari tali dilihat berkeliaran di kawasan tersebut.
Ketika itu, seorang kanak-kanak bersama ibunya sedang dalam perjalanan ke tadika namun, anjing tersebut secara tiba-tiba menyerang kanak-kanak itu.
Walaupun ibunya berusaha melindunginya, anjing itu tetap menyerang kanak-kanak tersebut dan enggan melepaskannya.
Akhirnya, ibu kanak-kanak dan petugas kebersihan di kawasan itu berjaya mengusir kedua-dua anjing tersebut dengan menggunakan penyapu.
Disebabkan kejadian itu, kanak-kanak itu mengalami kerosakan buah pinggang, patah beberapa tulang rusuk dan luka di seluruh badannya.
Susulan kejadian itu, pihak polis telah menahan pemilik rottweiler kerana gagal mengikat anjing peliharaan itu sehingga mendatangkan kecederaan parah terhadap orang lain.
Sumber: Thaiger News