Gambar sekadar hiasan
Seorang pelakon wanita mendedahkan dia pernah menerima hadiah daripada peminatnya yang didakwa terdapat unsur mistik.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Kuat Cemburu, Suami Merana Makan Nasi Kangkang – ‘Lepas Maghrib Bau Kemenyan’
Tidak sewenang-wenangnya terima hadiah
Memetik laporan Tribun News, selebriti wanita terkenal Indonesia iaitu Amanda Manopo berkongsi tentang perkara tersebut menerusi satu temu bual di saluran YouTube.
Dalam kedudukan saya sekarang, ada yang suka tetapi ramai juga yang benci.
Dulu ada yang menghantar tikus mati ke rumah saya. Ada juga yang kirim gumpalan rambut dan foto ditulis kata-kata seperti doa.
Sebelum ini Amanda mendakwa dia pernah diganggu dengan perkara mistik sejurus selepas menikmati juadah yang diberi oleh seorang individu.
Bagaimanapun dia kemudian telah diselamatkan oleh salah seorang kru produksi.
Saya pernah diberi makanan tetapi selepas itu saya jadi tidak selesa semasa bekerja. Saya seperti orang yang sedang terpinga-pinga dan takut.
Ada salah seorang kru yang mungkin boleh melihat dan merasakan sesuatu lalu dia meminta saya untuk minum air, kemudian barulah saya berasa tenang.
Susulan kejadian seperti itu, Amanda mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati ketika menerima sebarang hadiah daripada peminatnya terutama makanan.
Sehingga kini saya tidak menerima makanan daripada peminat. Ada yang menghantar beberapa jenis hadiah tetapi ternyata ia diisi dengan sesuatu.
Sumber: Tribun News