Penyerang pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid dipuji ramai apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukannya ketika menentang pasukan elit dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada saingan AFC Champions League (Liga Juara-Juara ACL) pada malam Selasa.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Romantis, Video ‘Laga Pipi’, Akhyar Rashid & Eyka Farhana Bagi ‘Hint’ Dilamun Cinta?
Dapat ucapan tahniah
Lebih manis, jaringan kemenangan Akhyar itu turut mendapat perhatian kekasih hatinya yang juga merupakan pelakon jelita Eyka Farhana.
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) Story, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat memuat naik semula gambar kekasih hatinya itu sambil menitipkan ucapan tahniah atas persembahan yang ditunjuknya sewaktu mewakili JDT.
Congrats B.
Persembahan yang ditunjukkan Akhyar wajar dipuji apabila pemain muda negara itu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 permainan meskipun baru sahaja dimasukkan ke dalam padang sebagai pemain gantian oleh pengendali JDT, Esteban Solari.
Jaringan kemenangan tersebut juga berjaya menghidupkan semula peluang JDT untuk layak ke peringkat seterusnya selepas berjaya mengutip enam mata daripada empat perlawanan dalam peringkat kumpulan.
Bukan itu sahaja, persembahan yang ditunjukkan Akhyar itu juga berjaya menutup mulut ramai pihak yang dilihat terus mendapat perhatian pengendali pasukan kebangsaan, Kim Pan Gon meskipun mendapat kurang minit permainan sewaktu di JDT.
Sekadar info, hubungan Eyka dan Akhyar mula dihidu peminat apabila menerima kejutan sambutan hari lahir ke-25, sekitar tiga tahun lalu.
Eyka bagaimanapun sebelum ini enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya itu namun memohon doa semua agar dipermudahkan.
Sumber: Instagram