Anak kepada Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Ezuan menafikan sekerasnya tuduhan dirinya memberi amaran dan mengajak netizen untuk bersemuka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Setakat Menyalak Macam Anjing, ‘Gong! Gong! Gong!’ – Lelaki Dipercayai Anak Makcik Kemboja Ajak Bersemuka
Video untuk bekas pekerja
Menerusi hantaran di X, Ezuan mendakwa video asalnya telah disunting oleh seorang individu yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.
Tegas Ezuan, video dia mengajak bersemuka serta menyamakan menyalak seperti anjing itu bukan ditujukan kepada netizen sebaliknya untuk bekas pekerja yang telah memaki dirinya dan ibu.
Semalam, sekitar jam 2:30 petang, saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.
Dia telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya dan juga ibu saya dalam konten tersebut.
Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen atau cabar korang semua’ atau mana-mana individu? Sedangkan saya cabar dia. spesifik, siap ada nama penuh dia sekali.
Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen.
Menerusi thread yang dibuat, Ezuan turut memuat naik bukti rakaman video asal sebelum disunting.
Fitnah semata
assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang. saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan PROVOKASI terhadap masyarakat. this is a thread:
— ? (@eznhafsham) November 22, 2023
Susulan viral video tidak original, Ezuan menyatakan dia telah menerima banyak ugutan yang mengancam keselamatan dirinya. Justeru, Ezuan berharap agar orang ramai dapat menilai sendiri situasi yang sebenar sebelum menjatuhkan hukuman.
Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga menerima terlalu banyak ugutan untuk mengutip saya.
Jadi di sini, saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya. Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia.
Saya minta anda menilai sendiri, dan saya minta jasa baik anda untuk mem-viralkan video original saya, supaya orang tahu sisi cerita yang sebenar.
Sebelum ini, tular sebuah video Ezuan yang menyebut, ‘Aku cabar kau daripada menyalak macam anjing kat TikTok. Aku cabar kau berdepan (face) dengan aku dekat kilang ini. Yang kau hina tu mak aku tau. Sia*. Kalau setakat menyalak macam anjing, ‘Gong! Gong! Gong! Gong!‘
Terdahulu, Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kemudian, Mariyah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.
Sumber: X