Penyanyi Indonesia, Afgan berasa teruja apabila bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama.
Artikel Berkaitan: Afgan Kembali Gegar Kuala Lumpur Disember Ini
Pertama kali dengan orkestra
Menurut Afgan, dia sudah kerap kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur justeru kali ini dia menginginkan kelainan dengan mendapatkan khidmat orkestra sebagai pemuzik kali ini bagi menjayakan konsert Afgan Live In Concert With Orchestra.
Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di Kuala Lumpur jadi untuk edisi kali ini memang saya minta kepada penganjur supaya melibatkan orkestra sebagai pemuzik saya.
Saya memang sudah lama mengimpikan untuk menyanyi bersama orkestra, alhamdulillah akhirnya tercapai juga.
Saya tidak sabar untuk menjayakannya esok bersama peminat-peminat setia.
Ditanya perasaan dan kerisauan dalam hati sebelum tiba hari penting, pemilik nama Afgansyah Reza berkata dia lebih tenang berbanding konsert sebelum ini.
Perasaan saya lebih tenang berbanding konsert sebelum ini. Saya tak sabar nak ulang balik macam konsert tahun lepas.
Orkestra Malaysia hebat
Dalam pada itu, pelantun Lenggang Puspita memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik.
Afgan bakal membawakan 25 buah lagu termasuk lagu daripada penyanyi Malaysia.
Konsert Afgan Live In Concert With Orchestra turut menampilkan tetamu istimewa, penyanyi Raisa.
Afgan Live In Concert With Orchestra akan diadakan di Plenary Hall, KLCC dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea.