Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menjawab pertanyaan seorang individu berhubung pemasaran album baharunya, SITISM yang didakwa tidak lagi aktif dipromosikan.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Dipuji Utamakan Saudara Islam Di Gaza, Ketepikan Promosi Lagu Baharu – ‘Sebab Tu Dia Nombor 1’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Dedah Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, Tak Pernah Tolak Permintaan Peminat – ‘Dia Penyanyi Nombor 1 Tapi Hormat Semua Orang’
Respon TokTi
Menerusi hantaran di platform X, individu tersebut meluahkan rasa kecewa dengan menyifatkan strategi pemasaran album itu ketinggalan zaman.
Individu berkenaan juga mempersoalkan tentang promosi album yang dilihat tidak memberangsangkan.
Sekarang SITISM terus diam. Pemasaran langsung tak jalan. Marketing strategi zaman batu. Tak ada penambahbaikan langsung.
Puji tu puji juga, yang tak bagus kita tegur.
Tidak berdiam diri, pelantun lagu Anta Permana itu tampil menjelaskan bahawa ketika ini dia lebih menumpukan kepada isu peperangan yang sedang berlaku di Palestin.
Justeru, promosi album tersebut bergerak sedikit perlahan memandangkan sokongan terhadap saudara sesama Islam dilihat lebih penting.
Sabar sikit ye, ada saudara kita di Palestin yang lebih perlukan perhatian.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji cara Siti Nurhaliza membalas kritikan tersebut.
Senyap seketika tidak bermakna sesuatu usaha itu tidak berhasil, cuma dalam situasi sekarang perhatian dan tanda sokongan diberi kepada saudara kita di Palestin itu lebih penting. Mendoakan keselamatan mereka di sana.
Suka jawapan kak Iti, balas pun dengan penuh budi bahasa tanpa menyakitkan hati mana-mana pihak.
Ya betul, kita utamakan mana yang sepatutnya dulu.
Sumber: Platform X