Sebelum ini, bekas menantu kepada jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa berang apabila haknya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata didakwa menjadi isu yang dipertikaikan.
Terbaru, Sofia dilihat memberi teguran kepada beberapa pihak agar tidak masuk campur dalam urusan peribadinya.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Culik Anak? Tak Ada Kaitan Jangan Masuk Campur. Habis Rosak Kereta Aku Kau Panjat…’ – Suzur Sofia
Tak layak nak masuk campur
Menurut Sofia, tiada siapa pun yang dipercayai layak untuk masuk campur urusannya. Tambah Sofia, mereka yang mempunyai keluarga sendiri sepatutnya memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga masing-masing terlebih dahulu berbanding mengambil tahu dan masuk campur halnya.
Terdahulu, Sofia dipercayai mengambil anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan cara yang baik. Ujar Sofia, hak mengenai penjagaan anak masih belum ditetapkan.
Jelas Sofia lagi, dia mahu meluahkan banyak perkara di mahkamah nanti.
Sofia turut berkata dia tidak akan berdiam diri sekiranya menerima gangguan daripada pihak yang tidak berkaitan. Malah, dia akan mengambil tindakan yang sepatutnya.
Bagaimanapun, Sofia tidak mendedahkan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.
Sumber: Suzur Sofia