Pempengaruh dan pencipta kandungan, Nelysa Norazlan mengumumkan berita gembira yang dia kini sedang hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya -‘Dulu Dipandang Rendah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelysa Norazlan Dedah Dulu Tak Gemar Main TikTok – ‘Sehinggalah PKP, Baru Saya Tahu Menarik Sebenarnya’
Perut makin besar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nelysa bersama suami, Multazam Nasir teruja bakal bergelar ibu dan bapa. Kata Nelysa, dia tidak berniat untuk menyembunyikan kandungan sebaliknya baru sihat daripada simptom mabuk hamil (morning sickness).
Bismillahirrahmanirrahim.. untuk menjawab persoalan semua. Ya saya adalah pemegang buku pink sekarang ini. Ramai orang tanya saya kenapa video dah tak selalu FYP?
Sebab saya baru sihat daripada morning sickness. Morning sickness saya agak teruk, sekarang ini baru okey.
Sekarang ini pun ramai dah nampak saya mengah, dah tak boleh cover perut kan.
Influencer berumur 23 tahun menyatakan dia dan suami pada awalnya merancang untuk berkongsi berita kehamilan pada tahun baru.
Sepatutnya kami nak bagitahu pada tahun baru tapi sebabkan dah ramai yang tanya. Dah tak larat (nak cover). Bila keluar, sudah semestinya orang perasan.
Sebenarnya tak nak bagitahu lagi tapi yelah orang dah nampak. Saya minta maaf sangat kepada orang yang saya cover-cover. Bukan nak cover sangat tapi saya memang takut sebab baru lagi kan.
@nelysa_norazlan Semoga terjawab segala persoalan. ALHAMDULILLAH ? Terima kasih yang mendoakan ?? #Pregnancyreveal ? Backsound Puisi – ENCENG HARIS SUYUDI
Dalam pada itu, Nelysa turut memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya dan bayi yang dikandung.
Doakan saya, doakan anak juga. Doakan supaya Akif tak pukul dia (bayi). Saya risau. Kita pun takutlah nak berharap lebih, kita tawakal dan reda. Terima kasih kepada makcik-makcik, semua yang dekat komen saya doakan. Mana tahu doa-doa itu yang dimakbulkan.
Sumber: TikTok