Usahawan dan penyanyi, Mila Jirin mendedahkan mengapa dia jarang mengenakan barang kemas selepas mengalami satu kejadian yang tidak diduga.
Artikel Berkaitan: ‘Bila Dapat Menyanyi Lagu Di Atas Pentas, Ia Ibarat Terapi Untuk Diri Saya’ – Mila Jirin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Kembali Bertudung, Mila Syukur Dapat Jumpa Selepas 3 Tahun – ‘Jangan Hilang Lagi’
Tak mahu lukakan hati
Menerusi temu bual di sebuah stesen televisyen, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin berkata dia pernah berdepan dengan situasi di mana seorang individu datang menegur tentang barang kemas yang dipakainya.
Saya sangat jarang pakai barang kemas, saya akan pakai cincin perkahwinan dan jam.
Saya pernah mengalami situasi, ketika itu saya menghadiri ke satu program dan memakai barang kemas. Apabila saya bercakap dengan seseorang, dia asyik tengok tangan saya. Saya rasa tak selesa.
Selepas itu dia menegur saya, ‘seronoknya kalau ada macam tu (gelang) kan?’. Kemudian saya rasa sangat bersalah, saya seolah-olah melukakan hati dia.
Semenjak dari itu, Mila memilih untuk tidak lagi memakai barang kemas kecuali ketika sambutan hari raya demi menjaga hati setiap orang yang ditemuinya.
Mulai hari itu saya dah tak pakai barang kemas yang besar-besar. Itu pun kalau beli saya simpan buat pakai ketika raya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet setuju dengan tindakan yang dilakukan Mila dan memuji sikapnya yang merendah diri.
Alhamdulillah, dia fikir perasaan orang yang tak mampu. Moga pahala buatnya jaga hati orang susah.
Betul, setuju. Aku tak suka pakai barang kemas sebab kebanyakan kawan-kawan suka tegur walaupun positif tapi aku tak selesa.
Sebab inilah tak suka pakai emas besar-besar, kalau beli pun yang halus-halus je pakai masa raya.
@cuitsikitjanganse #cuitsikitjangansentap #live #milajirin #acahacah #fyp
? original sound – CuitSikitJanganSentap – CuitSikitJanganSentap
Sumber: TikTok