Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah mengucapkan tahniah kepada Pangiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah yang selamat bernikah pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Diijab Kabul
Titip doa
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), baginda berkongsi momen ketika bertemu pasangan Diraja Brunei tersebut yang dipercayai ketika baginda mengunjungi ke luar negara.
Dalam masa yang sama, baginda juga menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina dilimpahi rahmat dan kebahagiaan.
Tahniah Putera Mateen dan YM Dayang Anisha atas perkahwinan kalian berdua.
Semoga Allah merahmati anda berdua dengan kehidupan yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang yang abadi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kesejahteraan pasangan diraja itu selain memuji sikap merendah diri dan berbudi bahasa.
Terdahulu, pasangan Diraja Brunei itu selesai mengikat tali pertunangan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei pada Selasa.
Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja berlangsung dengan rombongan Pengantin Diraja Lelaki menyampaikan hantaran pertunangan dikenali sebagai ‘Tanda Diraja’.
Sekadar info, istiadat perkahwinan diraja itu berlangsung selama 10 hari iaitu bermula pada 7 Januari lalu dan acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang berlangsung di Istana Nurul Iman semalam.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram