Penyanyi Yazmin Aziz meluahkan rasa berang apabila seorang individu mendakwa kesan merah yang terdapat di lehernya merupakan kesan gigitan atau ‘love bite’ yang dilakukan oleh kekasihnya.
Artikel Berkaitan: Yazmin Aziz Tunjuk ‘Effort’ Buat Persiapan Birthday Teman Lelaki, Sanggup Terbang Ke Hong Kong Bawa Kek!
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yazmin Aziz Sambut Ulang Tahun Ke-22, Netizen Terkejut – ‘Muka Matang Macam Umur 30’
Bukan love bite
Menerusi hantaran video di TikTok, Yazmin berkata kesan merah tersebut merupakan kesan gigitan nyamuk.
Hoi bestfriend, apa lovebite? Ada nyamuk gigit saya lah masa itu. Kurang ajar.
Saya geram ini tapi kena tahan sabar sebab bulan puasa.
Sementara itu, di ruangan kapsyen Yazmin sempat berseloroh mengatakan kekasihnya ketika ini duduk berjauhan daripadanya.
Terdahulu, seorang individu meninggalkan komen pada sebuah video Yazmin sedang menyanyikan semula lagu raya kumpulan DeFam berjudul ‘Alamak Raya Lagi’.
Individu terbabit mendakwa terdapat kesan ‘love bite’ di leher penyanyi itu gara-gara terlihat kesan merah di bahagian lehernya.
Video
@yazminaziz Replying to @user 86 boyfriend jauh pun tertanya ?? #fyp #tiktokmy ? original sound – Yazmin Aziz
Sumber: TikTok