berita

Yazmin Aziz Tunjuk ‘Effort’ Buat Persiapan Birthday Teman Lelaki, Sanggup Terbang Ke Hong Kong Bawa Kek!

September 30th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz menyelar dakwaan netizen yang mengatakan dirinya sering bertukar teman lelaki. Ujar Yazmin, teman lelakinya yang sekarang ini pasti berasa sedih dan kecil hati sebaik sahaja mendengar dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Yazmin Aziz Dedah Teman Lelaki Baharu – ‘Dulu Bola Sepak, Sekarang Bola Keranjang Pula’

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Hubungan Kali Ini Akan Bertahan Lama’ – Yazmin Aziz Teruja Kekasih Minat Dekati Islam

Perempuan pun kena ada ‘effort

Menurut Yazmin, mengapa seseorang wanita perlu bertahan dengan lelaki yang tidak sesuai dengan diri mereka. Lebih baik, ‘move on‘ dan lepaskan orang itu pergi. Jelas Yazmin, dia tidak perlu menghabiskan waktu dan wang ringgit untuk lelaki yang tidak sepatutnya.

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Yazmin berkata dia telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan persediaan sempena ulang tahun kelahiran teman lelakinya, baru-baru ini. Tambah Yazmin, wanita juga perlu meletakkan effort apabila melibatkan soal perhubungan.

Misi nombor satu hadiah hari lahir. Saya tahu dia nak sangat kasut Kobe 6 Protro ‘Grinch’ ni. Saya tanya kawan-kawan dia mana nak cari sebab kasut itu limited edition. Saya dapat buat tempahan dari Germany. Tapi stress sebab sampai sekarang tak dapat lagi. Misi nombor dua ialah kek. Kalau siapa kenal teman lelaki saya, mesti tahu dia suka Spiderman. Oleh sebab itu, saya tempah kek Spiderman.

Misi ketiga, ini sangat sedih sebab dia sanggup nak beli tiket kapal terbang ke Hong Kong. Tapi saya tak bagi sebab dia dah keluarkan banyak duit sempena hari lahir saya sebelum ini. Mak dia tahu saya tempah tiket sendiri untuk pergi jumpa dia.

Video

@yazminaziz

Saya rasa Perempuan pun kena effort ?? #FYP #CutiCutiTikTok #Birthday

? original sound – Yazmin Aziz – Yazmin Aziz

Sekadar info, Yazmin Aziz mengaku sedang menjalinkan hubungan dengan atlet bola keranjang, Austin Veloso yang berasal dari Hong Kong selepas putus dengan pemain bola sepak Brazil, Guylherme Brizolara.

Sumber: Yazmin Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×