Belum selesai tempoh berpantang, penyanyi Shila Amzah kembali beraksi di atas pentas nyanyian.
Artikel Berkaitan: Bapa Kandung Seth Tak Jenguk Anak? Ini Respon Shila Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shila Amzah Belanja Cover Lagu ‘Masing Masing’, Peminat Puji – ‘Dalam Pantang Pun Suara Sedap’
Tetap bekerja
@shilaamzahofficial Kerja pertama setelah 3 bulan ?? Dari hujung trimester, bersalin dan pantang. Bismillah, ayuh kita kayuhhhh?? ???? #fyp #work
Menerusi perkongsian di TikTok, Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah dilihat sedang melakukan persiapan untuk mengadakan persembahan bagi sebuah majlis.
Kerja pertama setelah tiga bulan, dari hujung trimester, bersalin dan berpantang. Bismillah, ayuh kita kayuh.
Difahamkan pelantun lagu Masih Ku Cinta itu mendapat tawaran untuk mendendangkan lagu tema bersempena sambutan ulang tahun persahabatan antara Malaysia dan China.
Kembali bekerja, walaupun belum habis pantang, saya masih ada beberapa hari lagi tapi kira halal la.
Persembahan hari ini untuk sambutan 50 tahun persahabatan antara China dan Malaysia, jadi saya akan menyanyikan lagi temanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji perubahan fizikal penyanyi berusia 33 tahun itu yang kelihatan kurus walaupun baru sahaja melahirkan anak.
Wow! Terus takluki dunia, semoga murah rezeki Shila.
Macam tak percaya, dah dua anak tapi cantik macam selalu.
Tiga bulan je dah kurus, saya anak dah nak masuk dua tahun pun tak capai lagi berat normal.
Untuk rekod, Shila dan suami, Ubai MZ telah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Terdahulu, Shila pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias namun bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun bersama.
Hasil perkahwinan tersebut, Shila dan Haris dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Seth Uwais.
Sumber: TikTok Shila Amzah